Tuesday, May 31, 2011

satu lagi hari yg kosong

assalamualaikum

hey guys!
mlm sudah tiba
just done watching Asmara
ingatkan sampai nangis2 tadi tapi tak pun hehe
ok tuleh blog pulak laa
cerita apa nie mau tulis..
adeh.tiada apa yg berlaku hari ini..
bangun pagi, p beli ikan dan sayur, balik rumah online sampai lebam, sampai tertidoq siap!
owh, kalau lah aku bekerja
tapi apakan daya cafe full sude..
biasa laa kan budak2 U da cuti..
hurmh kalau dok saja pastu jongkong emas jatuh dr langit xpa laa..hukhukhuk
heaven~


hari ni pasar malam..
lamanya takpi pasar mlm dekat rumah ni..
slalunya p yg dekat stadium kangaq saja, tapi da cuti
well, apa yg slalu dibeli kat pasar malam kangaq boleh jugak beli kat sini
rasa jaa tak sama huhu
mcm biasa : kueyteow goreng dan ayam goreng ok semuanya goreng
tapi hari nie xdpt beli kueyteow grg en saiful as usual dgn ayam goreng yg besaq dan sedap ala2 KFC tuh.xpa xkisah.

whoa~
gambaq nak hebat padahal yg beli kat pasar mlm tu sekor udang pon susah nak jumpa
ntah kan ada ntah kan tidak haha


nyum! nyum! nyum!

.SEKIAN.

Monday, May 30, 2011

keluarga SUR

assalamualaikum

hai u all~
ahha, da baca tajuk entry kedua cikde di atas
ok bagoss
itu la yg nak cerita tu..
ini adalah entry kedua untuk hari ini
mengapa?
kerana bosan
kerana nak tulis blog
kerana xda notifications dah kat facebook
kerana xda mood sbb bobo pon xda mood
(so what apa kena mengena dgn aku kan?tapi nak wat cemana terkena jugak..mood aku pun hilang..omg...what da hell is happening in here?!)

ok guys, back to da story..
since cikde belajar kat ipg perlis nie, cikde da kenal dgn ramai orang
and this 'keluarga SUR' nie is one of them
SUR @ SURGA actually is
Singa Utara Recreation Group Advance
sebuah consultant yg sediakan xtvt mostly for students or kalau ada team building ke



cikde mula terjebak dengan mereka2 nie about a year ago
maseh ingat lagi masa tu Cikgu Shawal minta budak2 Kelab Kembara IPG Perlis bantu jadi urusetia n fasilitator utk satu program kat Kolej Matrikulasi Perlis
(masa tu Kelab Kembara gile gah nak mampos di mata semua penuntut IPG dan sekarang tidak lagi..)

masa tu xkenal sapa2 lagi
jadik pegi sana pon dgn muka innocent yg bajet taktau hape n takut kena buli
padahal masa tu dah ada level 2 rekreasi
ok ter-riak pulak..sorry, besa laa manusia..

ok, sesi perkenalan pon bermula


En. Syawal @ lebih mesra dipanggil Cikgu
mastermind yg suka gelak bila cikde cakap apa2 atau buat lawak walopon xdak la lawak tera mana sangat

Abang Man owh silaunya ngee~

Kak Jaja cumil


Abang Awie @ Cikgu Izan @ Mat Belia

Adam si kaki panjat
rabat sana, rabat sini
lama sude tak jumpa maklum larh beliau dah jadi org Rawang

Ana - owh indahnya ciptaan tuhan

dis is Achik - lama xjumpa adik akak sorang ni
owh bajet caring

Wan @ Abang B
yang suka melatah bila dicucuk

Amek - Compass Marching
jelingan manja playboy hot

Mat Deq - Medic
owh muka innocent tahap gaban
bohong gila



mereka2 ini yg slalu cikde jumpa lar kalau ada apa2 xtvt..
slalu jugak hang out kat luaq p minum2 n karoks
kalau hujung2 minggu jugak slalu kayaking di timah tasoh dan
tidoq-ing kat pondok dalam hammock dgn nyenyakya

gambar sekadar hiasan
nak tunjuk betapa tak hengat donianya aku tidoq kat dalam hammock pinjam tu

~bila lagi cikgu mau belanja makan~
.SEKIAN.

hanya dapat kukenangkan, tak dapat kulupakan

assalamualaikum

hai u olls~
first entry utk hari ini..huh!
(mungkin akan banyak lagi entry dlm satu hari haha nanti buleh baca samapai muntah..yeah!)
sebenarnya tengah bosan nie..
cuti = bosan
emm..merungut2...
cuti pendek kata sat sgt, cuti panjang pon merungut tatau nak buat apa kat umah..
sob..sob..sob..
jadi bagi menghilangkan kebohsanan ini, cikde nak buat entry pasai stemboat lagi
classmates cikde nie suka betoi mkn steamboat..haish..
dis time we all p before exam hari tu..
kunun2 jamuan kelas la walhal suma bukan ada pon..kui2
whatever~
so enjoy da pic
(walaupun mcm gambaq aku ja yg paling banyak kan..huh~)

cikde pulun (baru balajaq guna chopstick from da experts - usop n najjah)

cikde dari atas - kepala besar besar kepala

see~ cikde di mana2

posing sat sebelum berangkat pulang..
pulang ker?bukan p karaoke ker?
owh ya- p karok pulak
tempat biasa~ ngee~


pic taken n edited by Alimin
lihat betol2..cikde bukan memegang mikrofon..hahaha
remote pon bley laa..janji blh nyanyi

~having great time with u olls~
sedih bila terkenangkan tinggal 3 sem lagi
sob..sob..sob..
(sound effect menangis sedu sedan smpai xdan amik nafas)

.SEKIAN.

Sunday, May 29, 2011

movie time - KARAK

assalamualaikum

hei guys!
petang tadi before gi amik charger umah ira, cikde ke as mall..
nak tengok movie..
cikde nak tengok nur kasih sebenaunyer..tapi xda pulak...ada pon lewat..
so we were decided to watch Karak...
dalam hati
"hebat kot..sbb KRU yg buat kan..xpa2 kita tengok"


KARAK
diarahkan oleh Yusry Abd Halim
pelakon: Shahir AF, Along, Kilafairy n Sheera Aiyob

masa tengah tunggu nak masuk hall tu, kat depan poster besau2 tu la tiba2 cikde perasan ada sorg mamat ni dok pegang kamera..
pastu sibuk2 duk panggil2 org amik gambar...
patut laa, rupanya ada Jack Sparrow tipu-tipu kat situ..
(patut laa cikde xnampak sbb Jack Sparrow tu pendek...haha)
cikde usha jer dr jauh, pastu mamat tu panggil..

"dik2 mai laa amik gambaq, free ja"
(dalam hati : huh~ nasib free)
lalu cikde pon pi laa haha pulun..
setelah di snap beberapa keping gambar,
"bang2, ni cemana nak tengok gmbaq nie balik?"
"nant adik tengok dalam fb Big Cinema ada"
"ok2, tima kaseh na..hee~"

ramai gila manusia menonton movie tersebut..
terkepit2 kaki cikde nak masuk kat seat..haha
well overall xdalaa bes mana cita tu..
hantu pon biasa2 saja...
tak takut sgt tapi tersentak jugak..huahuahua
sampai tertunduk2 tutup muka
(cakap besaq mcm laa brani sgt kan)
ada jugak humor yg diselitkan dalam karak..
so xda scary nak mampos sgt kan..huhu
by the way 2 thumbs up for the gedik character by Kilafairy & Sofi Jikan..agaga!

*tengok dalam fb big cinema xda pon lagi gmbar tu..huh~

teringatkan ini: "nah makan yg besar nie, cikde kan gemuk"
.SEKIAN.

Thursday, May 26, 2011

selamat tinggal...hukhukhuk

assalamualaikum

hye semua! cikde dah habis exam hari nie..
last paper pagi tadi..OMG seronoknya...haha
setelah bertungkus lumus selama dua minggu bersengkang mata
study segala nota yg kononnya ringkas + jawab soalan spot yg kononnya tettttt+ hafal skema yg kononnya akan keluaq + bercakap telefon kononnya nak dapatkan semangat + dan bla...bla...bla...
ok sudah.

lamanya xupdate blog
adui.
esok cikde dah nak balik kampung..
semua nak balik kampung..
SEDIH (sila rujuk title entry cikde)
nak tinggal kawan2, tinggal rumah sewa huhu
(padahal nant balik umah kat kg dah xboleh enjoy2 keluaq malam...wakaka)

8 semester dah kat sini, ada baki lagi 3 semester.
sat ja rasa..
dulu masa mula2 masuk, 5 tahun setengah tu rasa mcm lama gila...
oh tidak aku akan tua begitu sahaja di sini...huahuahua'
tapi xsedaq pon kan, pejam celik celik pejam dan nak habeh..
pastu kawen
(gatai...kawen ja ingat..)

maka cuti pon semester pon tiba..
macam2 dah ada dalam kepala nie...
nak buat tu, nak buat nie..
kena buat tu, kena buat nie...
xpa2 nant cikde akan update segala aktiviti di rumah atau di mana saja..
so untuk hari ni, ini sahaja

SEKIAN
teringatkan sesuatu: buat apa nak buat baik dengan orang yg penah buat jahat dgn kita, sedangkan kita dah cuba nak berbaik dgn dia tapi dia xmau..



Tuesday, May 17, 2011

buat yg setia

assalamualaikum

gila tengok tajuk macam ayat novel dak?hahaha
padahal xdak apa pon

hye pembaca2 blog saya..
cikde nak hadiahkan senyuman untuk anda..


hah tudia ambik hg senyuman!

cikde tahu ada yg setia membaca blog yg xseberapa nie..
~terima kasih~
dulu org laen buat blog, cikde pon nak jugak buat..
seronok bila baca entry2 org..
dan bila dah ada blog sendiri, bertambah lah seronoknya..

walaupun entry tu sebenaqnya ntah hapa2 dan xda bg info lgsung kat org lain,
tapi cikde dpt rasa satu kepuasan bila boleh bgtau org apa yg kta buat..
and it depend on people
bg cikde, cikde suka berkongsi..
cuma tak semua laa, yg perlu dan xperlu paham2 sendiri

ok sude~
hari nie xda apa yg menarik pon berlaku..
MUNGKIN.
dan utk pembaca setia blog cikde, this is for you:
tArAaaaAaA...!!


teringtkan ini: diam juga boleh menggoda. euw~
.SEKIAN.


Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum

hye semua!
setiap tahun, tarikh 16 Mei akan menghadiahkan senyuman buat semua insan yg bergelar guru..
cikde jgk tak terkecuali..
walaupun masih belum bergelar guru, tapi dah pernah merasa bagaimana bila seorang murid tu hadiahkan sesuatu dan ucapkan
Selamat Hari Guru Cikgu Aida!
ngee~
akan ada suatu perasaan yg xdapat ditafsirkan dan digambarkan~
huargh~ touching gila padahal xda laa smpai mcm tu skali pon...
kuang3x~

okay lah, pada kesempatan ini cikde nak mengucapkan
SELAMAT HARI GURU
dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan
buat semua guru yg telah dan pernah mengajar cikde..


cikgu yg paling cikde sayang ialah Puan Arpah bt. Ahmad..
beliau mengajar cikde masa cikde sekolah rendah di Convent dulu..

Puan Arpah binti Ahmad

6 Setia 2001
Sekolah Kebangsaan Convent Alor Star
kelas cikde laa nie~

beliau dah menjadi inspirasi buat cikde untuk menjadi seorang guru yg berdedikasi pada masa akan datang...
InsyaAllah

hehe~ kembang semangkuk



Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
.SEKIAN.



SUKANEKA SHORUBBER GUA KELAM

assalamualaikum

hye semua..siang tadi, cikde berkesempatan ke Gua Kelam untuk bantu pihak SUR Group buat sukaneka..
aktiviti yg dijalankan ni sempena hari keluarga Kilang Shorubber..
kata Cikgu Shawal, utk aktiviti nie, 2000 org yg terlibat..
tadi cikde ke sana dgn Peneng, Bobo n geng2 ipda...(azmeer, atok, daning, alip, zack)
thanx to they all sbb sudi membantu cikde..

dan yang menanti di sana ada Ana, Kak Jaja, Abg Man, Abg Ulul n Amek..
huargh~
mmg dasyat aktiviti tadi...
ada more than 15 activities yg we all kena conduct..
huh~ mmg laa memenatkan sbb kami kena handle semuanya..
kesimpulannya : sukaneka mmg agak memenatkan..

sorry u all xdan langsung nak snap pic sbb bz sgt..
sampai terlebih2 masa..
tapi yg beshnya, (best ker?xda laa sgt...haha) we all dapat hamper sorg satu..
hamper tu yg lebih2 utk acara yg x dijalankan..
wakaka..bagoss jugak mcm tu kan?

~aktiviti hr nie dapat tambah lagi pengalaman utk berinteraksi dgn org~
.SEKIAN.

Saturday, May 14, 2011

Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis 2011 - part 1

pg tadi cikde berkesempatan ke perkarangan stadium utama kangar..
ada banyak aktiviti yg pihak jabatan belia dan sukan anjurkan..
antaranya street soccer, bola jaring, go kart, nasyid, etc...
haish~ banyak aih..
pulun nak p padahai study tunggang langgang lagi...uwargh~


cikde p tengok bola jaring jaa..
sebab housemate cikde main..
beliau ialah zalikha..
game depa 1st sekali, lawan dengan jpam..
menang! 10-7..
tahniah u all..
nama team Soley-Soley...wakaka:
kak didi, ila, za, ida, aida, pina, min, ayu jd pengurus jew n lagi 3 org xkenal..

yes! nmpak kurus~ wakaka

jumpa ramai kawan tadi..
kawan lama, kawan baru, kawan rasa2 mcm kenal, kawan baik, kawan xbrapa baik...
ada abg awie, wan, pak tam, azam, timah,
huahuahua....haish~



penyokong juga penyibuk juga pemain simpanan..
sekian~

haish cemana buleh kalah dgn team soley-soley nie..
hadui~



tepi-tepi aku nk lalu woi!
satg aku langgaq hampa semua baru tau~

street soccer
ok ada labong di situ~
yeah!

mungkin akan ke stadium lagi pada malam ini
.SEKIAN.

...TAHI LALAT...

assalamualaikum..
entry ke-2 hari nie..
TAHI LALAT


ya...itulah tajuk entry cikde yg kedua nie..
ada sbb cikde tergerak hati nak nak tulis pasal tahi lalat nie..

SITUASI 1
cikde: apa tengok2?
beliau: tu, taik lalat kat bibir tu ori ke tak?
cikde: (gelak besaq) haish~ ori laa!
beliau: ui, dasyat no..boleh mencairkan hati lelaki
cikde: hati awak dah cair ke?
beliau: (senyum meleret)

SITUASI 2
beliau: woi, taik lalat hg kat bibiaq tu karan ar!
cikde: (muka bangga) yaka?puji ka kutuk nie?
beliau: puji laa weyh..elok sungguh
cikde: puji xpa, tima kaseh..

*karan - mantap, menarik

SITUASI 3
beliau: 1st time kita tengok dia, kita tengok kat taik lalat tu dulu..
cikde: hasih~ betoi ka?(hidung kembang sambil menahan malu...pns telinga aku)
beliau: sungguh...
cikde: jadi?
beliau: cantik...xramai yg kita jumpa ada taik lalat kat bibir...tengah2 pulak tu..
cikde: aset..hahaha

ok...u all da baca situasi kat atas nie kan..
dan u all boleh buat pendapat dan perbandingan..
ya, cikde ada dua tahi lalat kat atas bibir...
yg bawah tu, 1 betol2 di tengah bibir, 1 lagi kanan sikit..
yg atas pulak, betol2 atas garisan bibir, tapi ke kiri skit..
(cewah mcm bagitau position apa lagi..)
nanti jumpa boleh usha~ tapi jgn lama2 nanti tergoda~
AUW~

orang dulu2 kan, kalau tengok jaa kat tahi lalat ni, ada saja ramalan atau perkara yang mereka boleh tafsirkan..
bagi cikde, xperlulah nak terlalu percaya atau obses sangat dgn semua tu..
mungkin ada yg sama tu hanya kebetulan..
jadi kat bawah nie cikde ada sertakan rahsia tahi lalat..
boleh2 laa kalau2 nak check dan buat comparison dengan kehidupan atau sifat u all..

check it out!

bibir atas kanan : banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri : ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan : disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri : pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan : cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri : cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah : tercapai cita-cita
biji mata kanan : suka serong dan pembohong
biji mata kiri : pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan : baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri : baik budi, murah rezeki

punggung kanan :agak mengalami kesulitan
punggung kiri : malas dan suka duduk
betis kanan : suka berhibur, boros
betis kiri : rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan : bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri : kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan : terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri : sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang : jujur, sabar dan tekun
kening kanan : cerdas dan cekap
kening kiri : cerdas, sopan santun
tengah kening : keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan : kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri : suka berpoya-poya
ketiak kanan : dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri : jujur, banyak yang cinta

pergelangan kaki kanan : suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri : kehendak kuat
batang hidung : banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung :banyak rezeki
dagu bawah kanan :jujur dan baik hati
dagu bawah kiri : bijak sana dan berbudi luhur

kemaluan kanan atau kiri : baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) : bakal beristeri 2
tumit kanan :jujur dan banyak kawan
tumit kiri : baik budi
alis kanan : suka menolong, baik hati
alis kiri :ramai yang suka
pangkal peha kanan :kemahuan kuat
pangkal peha kiri :suka kerja apa pun
telapak kaki kanan :tak mudah mengeluh
jari kaki kanan : suka menolong
jari kaki kiri :berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan :cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri :suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan :baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri :ramai kawan, setia pada pasangan

lengan kanan :setia dan taat pada atasan
lengan kiri :menepati janji dan rajin
pipi kanan :ramai teman
tengah-tengah pipi kanan : ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri :ramai teman
ubun-ubun :kurang jujur
pusat :cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan :sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri :beroleh kemuliaan
pinggang kanan :sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri :disayang pasangan hidup
dada kanan :dapat mengatasi masalah
dada kiri :berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan :tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri :baik budi pekertinya
siku tangan kanan :kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri :baik hati, suka menolong

jari tangan kanan :serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri :serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan : banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri :banyak rezeki dan cermat
pergelangan tangan kanan :boros, suka bersukaria
pergelangan tangan kiri :dapat berpangkat
perut bawah kanan :banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri :baik hati, tenang hidupnya

sudut mata kanan dalam : disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam :tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar :baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri :murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan :serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan :atas baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas :baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah :agak malas
kelopak mata kiri bawah :agak bodoh, kurang bijaksana



aduhai jiran sebelah...

assalamualaikum...

hye semua!
cikde baru sahaja pulang dari stadium utama kangar..
minggu nie semua negeri sibuk mengadakan aktiviti sempena sambutan hari belia..
begitu jugak laa hendaknya dgn perlis nie...
banyak jugak aktiviti yg dijalankan..
OK CUKUP!

entry pasal hr belia sat lagi..
skrg nak cerita pasal jiran2 sebelah rumah...
KIRI dan KANAN..
tema: parking kereta..
tadi masa smpai ja kat rumah, usha line nak parking, tiba2 terusha jiran sebelah kanan dok menyapu daun2 kering dpn umah..
(bajet mcm aku xnampak laa beliau dok usha aku nak parking kat mana..xbg laa tu nak parking dpn umah dia..)

cikde skrg menyewa di taman seri pulai, depan sek sains syed putra..
taman org2 kaya...CEIT~
tenggelam jugak kalau banjir...huahuahua
di sebelah kiri dan kanan rumah cikde nie ada la keluarga yg menyewa..
yg sebelah kiri, ada dua buah keta, sebelah kanan ada sebuah saja..
tapi rumah cikde..

ADA 4 BUAH KERETA!
haa ambek kau~

belagak tak bunyinya...haha..
bukan apa, kami semua memerlukan..
cikde dgn en wira
cik tk dgn en viva
cik dyg dgn en wira jugak
n cik za dgn cik kancil
tidak dilupakan cik jah dgn motor demak beliau..

maka apabila keempat2 kereta mewah di atas ada di rumah
penuh laa kawasan depan rumah tu..
maka adapun dgn itu (ceish awat ckp mcm purbakala plak nie)

pakcik (xkan nak pggil abg plak nant kontroversi) sebelah kanan ni pon tegur laa kami supaya JANGAN parking kereta depan rumah beliau..
katanya dia nak keluaq keta xlepas..
(ceish keta wira jaa pon...bukannya limosin ka bmw ka...)

ada ka patut mcm tu...
kesian gila kat dia...
kami yg bawak keta wira ni pon lepas jaa nak undur belakang..
begitulah juga halnya dgn pakcik sebelah kiri..
yg nie plak dia hantaq bini dia suh teguq kami..

"adik, nant jgn parking keta depan umah akak naa, suami akak nak keluaq keta xlepas, dia baru dapat lesen..."
(kesian...)

satg kot ada yg jadi mcm cerita P. Ramlee tuu~

.SEKIAN.

Thursday, May 12, 2011

pulun lagi - kutip pelam

baru saja pulang ke rumah setelah ke kebun ipp mengutip pelam yg banyak...
wakaka..
malas nak merapu, enjoy da pic:

on the way

ladang pelam terletak di dalam kawasan ini~

haaa...tatau~

ghalit kutip pelam...usha mana besaq!

pulunians~

survey2~

taraa~

perlu tambah lagi~

hiyaa!

ouch~

setelah itu, kami pon pulang..
.SEKIAN.

Wednesday, May 11, 2011

pulun nak p tengok!

isnin malam lepas, kak didi ada bgtau cikde ada persembahan budaya kat auditorium tmn budaya..
jpam ada buat persembahan..
jadi cikde ajak laa kak didi p...
tapi kitorg sebenarnye segan2 jugak..
so bile da sampai tu,
kitorg cr port paling belakang skali...xmo bg org nmpak..

overall persembahan biasa2 jaa..
ada tarian, nyanyian, sketsa..teater muzikal..
jpam buat teater + wayang kulit..
persembahan depa biasa2 ja..
yg bes pon kat wyg kulit tu jaa laa..
tp tu pun xrapa nk phm..
tukang karut mengarut laju sgt..
ckp siam plak tu..

yg berlakon (gmbar ehsan fb jpam perlis)

sekian terima kasih


erm..

cikde aa jugak ajak alimin dtg, amik gmbar ape yg patut...huhu..
tp bukn amik gmbaq persmbhn pon...
amik gmbaq kmi ja lebey..

haha..ni laa dia hasil tgkapan alimin...
me with kak didi
tq bro..