Wednesday, July 27, 2011

wordless wednesday:lari~

assalamualaikum
hai u olls
wuuu~ cikde pon nak buat jugak entry wordless wednesday!
agaga~

SINAR RUN JERLUN
KARNIVAL USAHAWAN KEDAH 2011
23 JULAI 2011

okay semua sedang berkobar2 nak pi


ok ahmad, siti, ali, mamat, bla~ bla~ bla~


meet them - mamat, adi dan solehan

ko ingat aku hepi sgt ke tuh?hari ni hari sabtu okay.sabtu.cuti.

cikgu amik gmbaq saya lekaih!

naufal : SK Kodiang

YB Dato' Mukhriz Mahathir

nak oi kau berlari ke bergomol~

walau xberlari, hensem kena maintain~
(daftar nak no jer utk cabutan bertuah - jgn marah cikgu kimi)



.SEKIAN.

Monday, July 25, 2011

Commisioning Ball of Diploma Class 2011

assalamualaikum

hye guys lamanya cikde biar blog nie bersawang..
huh~ maklum laa busy praktikum..
pastu ada lagi benda2 yg menyesakkan pala otak
and luckily everything is getting better
hurmh =)
so apa cerita entry kali ni?
haa nak cerita pasal cikde ke majlis makan malam student2 Kolej Tentera Udara yang baru dapat tauliah..
makan malam dengan Leftenan siot! agaga~
ingat tak tak lama dulu cikde ada buat entry pasal mess night ni jugak?
tapi masa tu makan malam yang pra punya
huh ingatkan sekolah jerk ada prasekolah kihkihkih
tapi kali nie yang betol2 punya dan ada vip yang lagi hebat
Commisioning Ball of Diploma Class 2011 ni
depa buat kat Park Avenue Hotel, Sungai Petani 18 Julai 2011 lepas
memanglah sangat gigih aku nak pegi dinner tu kan walopon esoknya aku akan diobserve buat pertama kalinya bagi elektif 1 (PJ)
haa akibatnya xtidoq malam buat rph


fulamak sekarang kena letak Leftenan lah dekat depan nama kau!


emon, ami, fazli dan cikde


bile cikde dan emon menggila bersama Zhahiran
budak ni junior aku masa kat mad jiwa dolu2

gila~

pagi tu lepas diobserve, fazli ada mesej cikde
katanya ada seorang anak buah dia meninggal sebab kemalangan masa on the way balik dari dinner malam tu
saudara Zulhilmi (gambar)
dalam hati "ya Allah bersyukurnya sebab aku selamat sampai semalam"
mana taknya, confirm2 lah si Fazli ni letih kan bawak kereta
dah la bawak laju, malam sebelumnya tidoq lambat pulak
trauma cikde accident hari tu pon xhabeh lagi
sangat2 bersyukur
apa2 pun, takziah untuk keluarga arwah

thanx to saudara fazli n ami sbb sanggop amik cikde n emon
cewah padahal kalau xboleh amik pun kami nak soh amik gak agaga~
dapat jugak merasa pi messnite noh..

.SEKIAN.

Friday, July 15, 2011

praktikum fasa 2/2011.


hari ni hari jumaat, kedah cuti.
perlis tak.cikde cuti la hari nie.kawan2 cikde tak cuti.haha padan muka.
tapi cikde rasa macam xcuti langsung.
haha tak feel betoi laa cuti hari jumaat.
mana laa nak feel kan, bangun ja tidoq pi mandi
lepas mandi tup2 berderu2 dah housemates balik dr sekolah.
hoi apasal sat sangat pi skolah hah??!
atau cikde yang bangun lambat?ok fine.


dah nak masuk minggu ke-3 dah pun praktikum fasa 2 bagi tahun 2011 nie.
untuk kali ini, cikde dapat Sek. Keb. Siputeh, Padang Sera.
ramai praktikum kat sini.
3 orang opsyen sains : farid, mon dan shimah
3 orang opsyen psv : cikde, tk dan usop
ramai budak2 siam sekolah tu
sampaikan ada masalah komunikasi bila budak2 xfaham apa cikde cakap
maklum laa sekolah dekat benau dengan satu wat siam ni


Wat Boonyaram
Chief Abbot: Ven. Phraraj Sitthikhun (Than Khring)
Address: Padang Sera, Jitra, 06100 Kubang Pasu, Kedah
Telephone: 04-9251060
ok apa motif cikde letak gambar alamat no tepon bagai?agaga.

sek keb siputeh sekolah lama.
cewah padahal aku tak tahu pon skolah nie bila binanya.pepandai je kan.
takda la, dari segi struktur bangunan dan susunan bangunannya, nampaknya begitu.
cikgu2nya okay.baik2 belaka.
makan kat kantin pon sedap.pppppppppppperlu la cakap kan?
haha~

praktikum fasa 2 kali nie cikde kena mengajar subjek major dan minor.
Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Jasmani.
lukeh2 pastu lompat2

"dik, praktikal brapa lama?"
"2 bulan ja kak"
"oh, mengajaq apa?bm?math?"
"dak aih. seni dengan pendidikan jasmani"
"oh senang ja la..."

DEMN
paham maksud cikde?xpaham boleh tnya kat facebook ok?

p/s: masih rindukan Sek. Keb. Kodiang.

Thursday, July 7, 2011

masih ada yg sayang

syukur
mereka tidak datang untuk menangis kerana saya
dan saya masih berkesempatan untuk menangis bersama mereka

assalamualaikum
hye suma
pertama sekali.
syukur, masih boleh berblogging, masih mampu tersenyum

3 Julai 2011
hari pertama menjalani praktikum di Sek Keb Siputeh, Padang Sera, Kodiang
tamat sahaja persekolahan, terus pulang ke rumah
selesai makan dan solat, terus ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau
tunjukkan jalan pada sepupu yg nak daftarkan anaknya esok
masa dalam perjalanan pulang tu lah
cikde terlibat dalam sebuah kemalangan di Kilometer 26.6
Lebuhraya Utara Selatan arah Changlun ke Jitra
sekelip mata, semua bagai sebuah mimpi buruk
ini adalah yg kedua, tapi buat pertama kalinya terasa begitu trauma
syukurlah, masih bernyawa
terima kasih pada semua
yang membantu
yang bertanyakan khabar
yang mendoakan

yg kecil itu adalah pntu kereta


kalaulah besi tu masukbahagian depan...








sayang, kereta dah tak dapat nak diselamatkan
selamat tinggal en. wira

p/s: rindukan seseorang.seseorang yg boleh buat cikde ketawa.sungguh.
.SEKIAN.


Saturday, July 2, 2011

saya pi messnite?wuhuu~

assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.cewah.
haha kali nie cikde nak bercerita ttg messnite yg cikde hadiri on 24th June 2011 yg lepas
sebelum ke dinner tu, ada jugak google cari menatang hapa laa messnite tu kan
cari punya cari dapat laa info skit2
tapi messnite yg cikde pi ni
Pre Commisioning Ball Diploma Class of 2011 atau
Majlis Makan Beradat Watikah Pegawai Kadet Tentera Udara Diraja Malaysia

haa tudia..
mesti you all tertanya2 cemana laa cikde boleh terjebak ke kancah messnite nie kan..
hoho btw ada sorang kawan cikde nie, fazli@murad iklankan kan fb ada sapa2 nak temankan beliau ke majlis makan malam
jadik cikde dengan penuh keyakinan mengofferkan diri
(pantang dengaq makan+melawa cepat jaa kan)
wakaka~
MURAD = nama manja kat sekolah (he's my schoolmate when we're at SMS Sultan Mohamad Jiwa)

ok sudah.
mula2, cikde ingtkan dinner besa2 jah, rupanya sangat lah beradat siap ada rehearsal bagai
satu pengalaman baharu yg sangat tidak dapat dilupakan
yeah!
walaupun dah banyak dinner yg cikde dah pi tapi dis time sangat berbeza
each of them mesti kena bawak partner masing2 dan tetamu wanita sangatlah dihargai
dapat sekuntum bunga ros lagi you! choi~
bobo pon xpenah bagi walaupun bg hint mcm2 nak suh dia bg bunga
haha xmalu betoi

cikde tak keseorangan, sbb timah pon ada jugak..
dia jadi partner kepada kawan kpd kawan cikde iaitu saudara ami
ok lah kita cerita bab makan pulak
ada 5 jenis makanan yg dihidangkan dan semuanya adalah western food
mesti laa kan xkan pulak kau nak makan keli sambal dengan kerabu mangga pulak adoi

appertizer & salad: prawn manggo salad combination yg sgt perfect
soup: mushroom soup with bread croutons juga sedap
main course: cikde pilih boneless half grilled chicken in rosemary sauce a lil bit of bluek~
dessert: tiramisu cheese cake muak! mungkin kalau kek pisang okay kot haha
beverages: coffee & tea boleh laa

selepas semuanya setel, kami di brief oleh they all punya officer
ala2 post mortem gitu laa

no kebaya pendek
free hair mesti bawa/ada shawl
kasut kena bertutup xnmpak jari dan tumit
mesti bawak clutch
baju kurung and kebaya recommended
mesti wangi

*pesan officer : mintak duit dgn partner masing2 to buy everything in order to look good and gorgeous
OMG! i like da most MOJ mak ok jew

mess nite kali ni is only a pre-messnite, maksudnya nanti akan ada lagi satu mess nite yg fully handled by the cadets
so we'll wait for it
tu pun kalau si murad xtukar partner kan wakaka


itu ribena.harap maklum~

cik kak yg sgt cute duduk di sebelah cikde

huih mcm panning pulak gmbaq nie..apasal gmbaq pakcik nie saja yg okay!!??

haish hingaq apa taktau~

partner cikde, mr fazli@ murad

si gojes cikde and timah
choi~

ladies~

tak dapat kulupakan, hanya dapat kukenangkan
.SEKIAN.

p/s: bobo, nak roses.. =|