Monday, February 6, 2012

berhabis untuk anak murid


assalamualaikum

selamat petang semua =)
harap semua berada dalam keadaan sihat dan ceria serta dirahmati olehNya.
Alhamdulillah, baru saja pulang dari jitra, mengambil kamera dari seorang teman lama, juga membeli barang2 untuk dihadiahkan kepada anak murid nanti.
ingatkan nak ke sana dengan bas saja, tapi tiba2 pulak si dayang nak ikut.
jadi kami ke sana berdua.


fenomena angry birds betul2 melanda murid-murid sek keb seberang ramai..
bersepah2 barang angry birds dalam bilik darjah..haish!
jadi Cikgu Aida amik kesempatan tu untuk amik kesempatan ke atas murid2 ni nak sediakan hadiah yang best2, semuanya barang2 angry birds..haa, barulah semua semangat sikit nak buat kerja kan..
murid2 buat keja bagus sebab nakkan hadiah angry birds, cikgu2 pon dapat markah bagus sebab murid2 buat keja bagus dan dengar kata...adil bukan?hehe sekali sekala..berkorbanlah sedikit untuk dapatkan markah yang lebih melalui peneguhan positif tu..ye tak?

ni lah hasil pembelian yang masih dalam lingkungan bajet yang ditetapkan..
tapi malangnya, tersasar jugak~
saya telah berjaya membelanjakan sejumlah bajet yang xdalah ciput sangat untuk membeli kasut di bawah..
design yang unik dan warna favourite!


setakat itu saja untuk hari ini..
nak bersiap2 pi keluaq pekena cendol~
jom!

p/s: betul2 tersentak jiwa, tahan saja airmata yang bertakung!

Praktikum Fasa 3/2012 : Sek. Keb. Seberang Ramai


assalamualaikum

alhamdulillah, baru sahaja selesai menyiapkan rancangan pengajaran harian pendidikan seni visual untuk penyeliaan pertama minggu depan.
untuk praktikum kali ni, saya akan diselia oleh Pn. Siti Hawa bt Hj. Nawawi, seorang pensyarah baru di ipg..hurmh, xtahulah apa peelnya nanti untuk seliaan di bawahnya..saya berharap sangat agar semuanya berjalan lancar..maklumlah, sebelum nie dengan pensyarah lelaki relaks saja..hehe
tapi apa2 pun A kena maintain okay? InsyaAllah.

baiklah, dah seminggu di sekolah tapi baru ada kesempatan nak update blog tentang praktikum.
untuk praktikum fasa ketiga ni, saya, atikah dan yusuf masih bersama hehe..
kami ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai di Kuala Perlis..
inilah kali pertama saya berpraktikum di Perlis, setelah 2x berpraktikum di Kedah..
dan akhirnya dapat jugak merasa balik awal hari Jumaat..hehe excited la pulok~


ramai orang yang senyum sinis bila sebut budak2 Kuala Perlis..
kenapa?sbb katanya budak2 kuala semuanya nakal2..
dakwaan tu mula2 memang sangat menjatuhkan semangat, tapi tak mengapa, tak kenal maka tak cinta..apa pun keadaannya, perjuangan harus diteruskan!

seminggu di SKSR, pada saya semuanya nampak baik2 saja..
kalau dilihat dari bangunan, saya menganggarkan murid di sekolah itu mungkin dalam lingkungan 800-1000 orang murid..
tapi sebaliknya,murid taklah seramai macam nama sekolah tu, hehe..kurang dari 400 orang..
bilik2 yang tidak digunakan pun masih banyak..
dan yang paling gembira, SKSR ada bilik seni!
jadi kami bertiga berazam nak hiaskan bilik seni yang ada tu dengan karya2 murid supaya Pendidikan Seni Visual ni tidak dipandang rendah oleh guru-guru lain..InsyaAllah

cikgu-cikgu pun nampaknya macam baik..
baik lagi kot sbb baru seminggu..hehe
sebab kalau apa2 keja belum lah lagi nak suruh2 cikgu praktikum yang buat..
tapi lepas nie tak tau lagi macam mana..
kalau disuruh buat itu ini pun, xpe..buat dengan ikhlas, sehabis baik..
itu akan lebih bermakna..niatkan saja untuk menuntut ilmu..
ingatan untuk saya dan semua..

untuk praktikum kali ni jugak saya betul2 bersyukur sebab waktu mengajar yang diberi adalah yang paling minimum, iaitu 8 waktu.
4 waktu untuk pendidikan seni visual dan 4 waktu lagi untuk bahasa melayu.
jadi banyak masa terluang yang boleh digunakan untuk siapkan fail dan bahan bantu mengajar.
alhamdulillah jugak saya dapat kelas yang baik, kelas pertama dan yang kedua, yang tahap kenakalannya masih belum mencecah paras bahaya..huhu mcm sungai pulok~

untuk praktikum fasa ketiga ini, harapan saya adalah semoga saya dapat memperbaiki kelemahan2 lalu terutamanya dalam pendokumentasian fail..
saya juga perlu meningkatkan kemahiran mengawal kelas selain menyediakan aktiviti2 seni yang menarik dan pelbagai kepada murid2..
supaya murid2 tak bosan! sebab bila seni saja asyik2 melukis.

p/s: cikgu2, guru2 pelatih, murid2 dan sesiapa sahaja di luar sana, usah pandang rendah pada kepentingan Pendidikan Seni Visual..
hari-hari kalian pastinya muram tanpa adanya unsur seni..renungkan..

Sunday, February 5, 2012

salam maulidur rasul


assalamualaikum..

"Sesungguhnya orang yang paling
dekat denganKu pada hari kiamat
adalah orang yang paling banyak
berselawat kepadaKu"

hari ni, 5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiul Awal, adalah hari keputeraan baginda Rasulullah SAW. Oleh itu, sebagai ingatan kepada saya sendiri dan para pembaca, marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi.
tak rugi pun kalau kita berselawat, malah banyak kebaikan dan manfaat yang kita peroleh. dah banyak sangat lagu yang seringkali meniti di bibir kita, jadi apalah salah kiranya kalau kita berselawat kan?
sekurang-kurangnya dapat menginsafi diri dan meningkatkan keimanan kita. InsyaAllah.



p/s: manusia kadang-kadang terlalu mengejar cinta manusia yang lain, tanpa menyedari seharusnya cinta Illahi dan Rasulullah itulah yang perlu direbut. Subhanallah.

Friday, February 3, 2012

yang kan terjadi tetap terjadi

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum

alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menempuhi seminggu lalu yang penuh dengan bebanan emosi dan kecelaruan perasaan. walaupun masih ada yang kurang jelas dan perlu diperbetulkan, saya dapat rasakan yang saya masih punyai kekuatan.
terima kasih kepada kawan-kawan, terima kasih kerana sudi mendengar, terima kasih kerana sentiasa ada untuk saya.

tanpa saya sedar, saya telah melukakan hati ramai orang.
mengguris nurani insan-insan tersayang, sehingga terhambur kata-kata perit yang amat pedih untuk saya dengar untuk ke sekian kalinya.
tapi saya harus kuat untuk menghadapinya.
seakan ada yang tidak kena tentang apa yang telah berlaku.
kelihatan seperti sebuah ceritera hidup yang disusun kemas plotnya, yang dirancang jalan ceritanya.
terasa seperti dianiaya, tapi tidak mengapa.

sampai saat ini, saya sentiasa mengingatkan diri, bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
dan saya menganggap pasti ada hikmah yang menanti.
tidak dapat lari dari bayang-bayang rasa terkilan yang teramat sangat, namun apalah daya saya untuk menuduh mereka yang belum tentu pasti kebenarannya.

saya hanya mampu berdoa.
berdoa untuk terus kuat menghadapi liku-liku hidup mendatang.
berdoa untuk jadi yang lebih baik dari dulu.
berdoa untuk menerima segala yang pahit.

2012 harus menjadi yang terbaik.
sudah tidak boleh main-main macam dulu-dulu.
kena buktikan saya boleh berjaya.
perlu lebih fokus untuk praktikum terakhir.
tidak mengapalah jika tidak mampu menjadi yang terbaik, asalkan lebih baik dari dulu.
InsyaAllah.

p/s: tindakan yang salah itu kadangkala mampu memberikan kebahagiaan dan kebaikan - harus memohon maaf dari seseorang