Wednesday, May 4, 2011

kek cokelat..

hari nie 4 mei 2011...3 hari lepas, 1 mei 2011..
1 mei = hari pekerja = CUTI..

ya..CUTI..hehehheheh

tahun nie 1 Mei 2011 jatuh pada hari ahad...maka secara otomatiknya cuti selama 3 hari berturut2..cuti hujung mingu kali nie cikde balik kg...sbb spupu2 cikde semua nak berkampung kat rumah..(bunyinya mcm ramai kan...hahaha xdala..)
hari sabtu, rumah dan penuh dengan sedara...
ada family pakteh dr ipoh, ada maktam, ada pakcik, makchaq, farah...

duk tak duk, tiba2 keinginan utk makan kek coklat tu muncul..ayaq liuq dah mula terembes dgn melampau2 tanpa disengajakan...eish3, hudoh sunggoh perangai..jadi cikde pon mencdgkan kepada ferra utk buat kek coklat..

bahan2 suma dah ada...jadi kami pon bersama2 laa membuat kek coklat kukus tersebut dan menunggu kek itu masak..dipendekkan cerita, inilah rupa kek yang kami buat tue..secara rasminya kek ni telah dinamakan


"Caca Merba Chocolate Cake"

awat nama dia lagu tu?haa..tgok laa kek tu, dah xnmpak ropa kek dah..semuanya dah diletak kat atas kek...habeh semua dgn choc rice, badam, ceri..nsib baik xdak payung kecik ja...huahuahua
walopon ropa dia mcm tu, tapi rasa dia, pergh...masyuk laa..

tgok laa muka makteh dgn farah yg excited selepas mghias kek..
cun tak makteh i?baru 46 tu..


cici pulak belagak mcm besday dia...gigih nk potong kek walaupun xda sapa nk lyn dia...

so kepada sesiapa yg nak mencuba kek coklat kukus nie, boleh cuba resepi ni..
cikde pon belajaq dr najjah dgn nadia..

KEK COKLAT KUKUS

1 cawan tepung blue key (kotak kaler pink tau)
1 cawan minyak masak
1 cawan milo (serbuk punya, jgn pi bantai yg 3in1 pulak)
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
2 cawan serbuk koko
4 biji telur


cara nak buat pulak, bahan2 kat atas nie campur ja dalam satu bekas, kacau sampai lenguh tangan...hahaha...bg sebati sude..ada jgk pntg larang dia sewaktu mengacau tp cikde kacau sukahati ja slalu..ok ja rasa..huahuahua...yg penting kek tu kita buat dgn ikhlas dan penuh kasih syg, nescaya sedap..

bila semua bhn dah sebati, masukkan dalam loyang dan kukus selama kurang lebih 1 jam..jaga2 kalau guna periuk kukuih kecik, takut ayaq kering..hehe..nant hangit pulak kek tu..

untuk topping pulak boleh buat sukatan sukahati hampa tapi yg cikde try hr tu -
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan serbuk koko

nak buat topping pulak ada dua cara yg cikde tau..yg pertama bahan2 di atas nie kita masak dengan api perlahan sehingga mncapai tahap kepekatan yg kita mau..
cara kedua pulak, cairkan cooking chocolate..then lelehkan kat atas kek...leleh?wow!

SELAMAT MENCUBA!

0 comments:

Post a Comment