Tuesday, December 27, 2011


secebis harapan yang tertinggal, tidak akan pernah padam..
biarlah menjadi sebuah kebahagiaan dalam episod satu penantian.
walaupun harapan itu adalah sesuatu yang tidak pasti, teruslah berharap..
kerana dengan itu, kau pasti akan dapat teruskan hidup dengan penuh semangat..
dan bila tiba saatnya kau mengetahui bahawa harapan itu telah pasti, bersyukurlah..
peliharalah ia agar menjadi kuntuman kebahagiaan dalam bunga-bunga kehidupanmu..
jika sebaliknya, terimalah dengan seikhlas hatimu..
pasti kau telah punyai sesuatu yang cukup berharga sehingga Dia tidak mengizinkan kamu memiliki harapan itu..
kenanglah harapan itu sebaiknya, supaya ia dapat terus menjadi kenangan terindah buatmu..
menjadi inspirasi dan apresiasi jiwamu..

0 comments:

Post a Comment