Tuesday, December 27, 2011


secebis harapan yang tertinggal, tidak akan pernah padam..
biarlah menjadi sebuah kebahagiaan dalam episod satu penantian.
walaupun harapan itu adalah sesuatu yang tidak pasti, teruslah berharap..
kerana dengan itu, kau pasti akan dapat teruskan hidup dengan penuh semangat..
dan bila tiba saatnya kau mengetahui bahawa harapan itu telah pasti, bersyukurlah..
peliharalah ia agar menjadi kuntuman kebahagiaan dalam bunga-bunga kehidupanmu..
jika sebaliknya, terimalah dengan seikhlas hatimu..
pasti kau telah punyai sesuatu yang cukup berharga sehingga Dia tidak mengizinkan kamu memiliki harapan itu..
kenanglah harapan itu sebaiknya, supaya ia dapat terus menjadi kenangan terindah buatmu..
menjadi inspirasi dan apresiasi jiwamu..

Monday, September 5, 2011

bila tiba hari raya..




wewitt awek cun model hari raya 2011
sama pulak kaler dengan langsir belakang tu
agaga~
langsing habis...ni laa berkat usaha berpuasa selama sebulan kurang 7 hari haha
hari nie dah masuk 7 Syawal, tapi kenapa laa rasa mcm dah hilang mood raya haa
dah besaq, raya sikit2 sudah laa haih~
rasanya masih belum terlambat sgt kot nak ucapkan selamat hari raya untuk semua
maaf zahir dan batin kot2 ada yg terlanjur kata ka, terlanjur laen ka tett~
macam jugak mood raya, bila dah besaq nie kewangan masa raya pun dah tergugat
sorry na anak2 sedara, aunty xdak gaji lagi nak bagi duit raya kat hampa
tunggu lagi 2 tahun, sapa baik dengan aku duit raya tebal
jangan jadi mata duitan mcm aku haha
haih teruk sungguh mak sedara nieh


nie sebahagian dari keluarga yang beraya kat rumah toknab merangkap rumah aku jugak kat kepala batas nun
aunties, uncle, cousins, niecee and nephews
tahun nie pakteh xdapat balik beraya sama2 sebab tak sihat
sedih xboleh nak gaduh2 manja dengan cici hukhukhuk
xpo lah nant kak ru pi ipoh yeay~

haa proudly present....
jeng jeng jeng (sound effect claps mcm dalam slaid powerpoint)
nie spupu aku, zuhairi
hensem dah laa nie
dulu kecik2 belemoih mcm ngan pa lagi
xsangka besaq2 hensem no
besa laa genetik sama = genetik 'SEGAK'

*SEGAK is suitable to be used for male or female for Kedahan.TQ.


okay nie pulak mak aku
muka mcm penyayang kan tapi bila dia marah boleh retak mozek dowh
ok hiperbola sangat tu
huh~ buktinya aku dah kena marah masa malam raya sebab sibuk nak buat ala2 buffet untuk hidang makanan masa raya nanti
pendek kata setiap hari raya aku mesti kena marah haha
penat dowh nak buat hidang2..yang nak mengangkat makanannya sudah tentulah aku kan
jadik cadangan aku untuk buat buffet masa raya tu sebenarnya adalah untuk mengelakkan aku jadi mangsa menghidang makanan kat tetamu yang datang
penat tu sebenarnya dicampur dengn malas.ok itu lah yang betulnya.
dah kalau yang sekali datang tu sampai 4, 5 family habeh kaum kerabat beliau nak diangkutnya, mana tak lembik tangan nak mengangkat
makanan pulak bukan sejenis
banyak bonar yg dimasaknyo
ketupat, nasi himpit, kuah kacang, soto, rendang
rendang pulak hado ayam hado daging
choii~

tu tu yang tudung putih tu tok aku, tok nab
yang hensem tu pakcik aku, yang belakang tu maktam, makchaq n mama

ok itu sahajalah serba sedikit serba tak kena ceritera hari raya 2011
sekian

*p/s : bila nak puasa penuh hoi...~

Friday, August 26, 2011

Praktikum Fasa 2/2011 : Selamat tinggal SK Siputeh


*sila klik pada gambar untuk paparan lebih terang, jelas dan nyata.

assalamualaikum
haa cerita raya dah publish sekarang baru berkesempatan nak cerita pasal praktikum lepas
pejam celik klik pok klik pok habeh laa dua bulan aku kat Sekolah Kebangsaan Siputeh tu
mengajar kat sekolah nie mencabar korang/hampa (potong yang tidak berkenaan) tau tak?
nak tau sebab apa?
sebab kat sekolah nie ramai foreigner
jadi masalah utama masa mengajar adalah masalah komunikasi ye
budak2 nie bukan ler paham sangat apa aku cakap
kadang-kadang pon menjadi masalah pada aku
sampaikan nak sebut nama pon kena tanya betul tak cikgu sebut nama kamu?
nama anak murid foreigner aku hebak hebak blako
Phakkit, Phi Pop, Wilaiwan, Phirakkharn, Phong Phart, Saravuth, Anoung, Thiravadee
haa? foreigner tak?
haha terkena.
budak Siam lah!


okay nie Phiphop
darjah 1 nieh
aku suka betol tengok dia
cute lah!
tapi aku xmengajor dia, budak kelas TK nieh


haa nie kelas kesayangan aku
4 Bestari
paling ramai foreigner kot agaga~
walaupun nie kelas terakhir dan budak2 nie bukanlah termasuk dalam kategori pandai, tapi aku sayang sangat kat depa nie
rajin tolong aku dan hargai setiap aktiviti yang aku buat
bukan laa maksud aku kelas lain yang aku mengajar xhargai apa aku buat
tapi depa nie slalu ja excited bila ada seni time aku mengajar
walaupun tak penah penuh kehadiran time kelas aku huhu

atikah, kak ita, kak ina dan aku
kak ina guru pembimbing kami
sangat baik dan bertanggungjawab
penah mengantoikan aku xbuat RPH haha padan muka
salah sendiri, tanggung sendiri.haruslah.
yang tudung hijau tu kak ita, dalam bilik guru dia dok sebelah aku
aku kagum dengan dia
sebab rilek ja tidoq dalam bilik guru anytime dia mau
haha bukan lah
dia mengajar sains, dah ada Master tuh
banyak nasihat aku nanti masa depan lepas dan mengajar nanti macam mana
sambung study, tackle budak, kahwin and what not
eceh tibe2 masuk bab kawen
ekcited la pulok..ok dah.


nie kelas 1 Cemerlang
mak oi habaq hang nakai nak mampoih
tudia keluaq dah loghat kedah aku
kalau aku masuk kelas nie memang banyak BBM kena bawak
(BBM = bahan bantu mengajaq BUKAN blackberry messenger.harap maklum.)
yelah kan nak menarik perhatian budak2 kena banyak bahan rangsangan
contohnya nak masukkan elemen muzik dalam PnP, aku bawak radio pasang lagu nyanyi sama-sama dengan depa
sudahnya suara aku lagi kuat dari depa muahahahaha

ni pulok 1 Elit
aku xmengajaq pun depa nie
saja sibuk gak nak bergambar



nie pulok 5 Elit
anak cikgu ramai kot dalam kelas nie
AAK ada aku kisah?!
anak cikgu ka, anak tukang kebun ka, anak pakcik kantin ka kalau ketegaq aku marah
cewah bajet garang lettew~


azhari, yusuf dan farid


nie guru besar, En 'Akib
guru besaq tapi kecik ja
tu tu mata duitan tu

kerani pejabat


macam biasa bila namanya hari terakhir tuh maka sibuklah bergambar kan
sana sini melilau nak bergambar
yang dua bulan sebelum nie kau terperap kat sekolah tuh takdak hinginnya kau nak pi amik gambar kan kan kan
dah tau dah
tapi yang paling bes kami tak bagi apa2 pun kat sekolah
rilek ja
bajet takdak cikgu
setakat frame gambaq ka, jam ka, confirm cikgu2 dah meluat nak terima kan
haha jadi untuk mengelakkan perasaan tersebut, kami pun mengambil langkah berjaga2 untuk tidak menghadiahkan apa2 untuk sekolah
tinggal kenangan sude~

*p/s: tinggal sekali lagi praktikum, fasa 3 selama 3 bulan...
ada khabar angin sepoi2 bahasa iban kata kami sekelas kena hantaq pi Langkawi
ui jadi orang pulau pulok nanti...

takkan dapat kulupakan, hanya dapat kukenangkan
.SEKIAN.


Majlis Berbuka Puasa bersama JPAM Perlis


assalamualaikum

hai u olls
hari ni nak bercerita tentang majlis berbuka yg cikde pegi rabu lepas
kami Kor SiSPA IPG Perlis telah dijemput oleh pihak JPAM Perlis untuk sama2 memeriahkan majlis berbuka puasa dan perhimpunan bulanan jabatan.
majlis ni diadakan secara sederhana saja dgn kehadiran jemputan yang terdiri daripada anggota2 sukarela, ASTP, ASTO, pegawai2 penyelaras SiSPA, PiSPA dan KAPA..
rindu lama tak jadi MC, so bila En. Saiful call mintak tolong jadi MC majlis terus cakap boleh!
haha pulun~

master of ceremony yang asyik tersasul
ei terok~


antara yang hadir: kak didi, fairuz. syamim, azhari, kadir, ila, aikhal dan ida



siap ambik makanan, dah ready nak berbuka..tunggu azan ja..
pastu ade pulak yg memanggil suh duk meja vip
xnak laa kaann merendah diri konon
tapi bila yg dtg panggil tu tuan besar, hah semua xleh ckp apa
angkat pinggan terus duduk diam kat meja vip
agaga~



the food
marvellous~

takkan dapat kulupakan, hanya dapat kukenangkan

p/s: jamuan raya kat PUSPA pulak nanti...yezzaa!
tahniah kepada SMS Sultan Mohamad Jiwa sebab dah tertubuhnya KAPA di sana
semoga maju jaya~

Thursday, August 18, 2011

berbuka puasa dengan yang tersayang


assalamualaikum

huh! dah beberapa kali berbuka dengan yang tersayang dan sekarang baru berkesempatan nak berkongsi
yang tersayang hari ini ialah atin dan emon
bukan khairul
hey khairul apehal pulak aku nak menyebut nyebut nama kau di sini?
owh lupa nanti ada mata2 yang nampak kita berdua di D' Dapur Ibuku
atau kau dah bertukar badan dengan matdeq?haha


emon tersayang


sayang diri sendiri kalau xda sapa nak sayang haha


tersayang atin


selalunya kalau makan di sini, paprik je
tapi untuk berbuka kali ni nak try yang lain

ayam masak pedas, telur dadar dan telur bungkus


tomyam


nasi goreng kampung


teh ais, air asam, air suam

bila ntah nak berbuka di McD dengan bobo
boleh ke?
berangan. ok cukup

Wednesday, July 27, 2011

wordless wednesday:lari~

assalamualaikum
hai u olls
wuuu~ cikde pon nak buat jugak entry wordless wednesday!
agaga~

SINAR RUN JERLUN
KARNIVAL USAHAWAN KEDAH 2011
23 JULAI 2011

okay semua sedang berkobar2 nak pi


ok ahmad, siti, ali, mamat, bla~ bla~ bla~


meet them - mamat, adi dan solehan

ko ingat aku hepi sgt ke tuh?hari ni hari sabtu okay.sabtu.cuti.

cikgu amik gmbaq saya lekaih!

naufal : SK Kodiang

YB Dato' Mukhriz Mahathir

nak oi kau berlari ke bergomol~

walau xberlari, hensem kena maintain~
(daftar nak no jer utk cabutan bertuah - jgn marah cikgu kimi)



.SEKIAN.

Monday, July 25, 2011

Commisioning Ball of Diploma Class 2011

assalamualaikum

hye guys lamanya cikde biar blog nie bersawang..
huh~ maklum laa busy praktikum..
pastu ada lagi benda2 yg menyesakkan pala otak
and luckily everything is getting better
hurmh =)
so apa cerita entry kali ni?
haa nak cerita pasal cikde ke majlis makan malam student2 Kolej Tentera Udara yang baru dapat tauliah..
makan malam dengan Leftenan siot! agaga~
ingat tak tak lama dulu cikde ada buat entry pasal mess night ni jugak?
tapi masa tu makan malam yang pra punya
huh ingatkan sekolah jerk ada prasekolah kihkihkih
tapi kali nie yang betol2 punya dan ada vip yang lagi hebat
Commisioning Ball of Diploma Class 2011 ni
depa buat kat Park Avenue Hotel, Sungai Petani 18 Julai 2011 lepas
memanglah sangat gigih aku nak pegi dinner tu kan walopon esoknya aku akan diobserve buat pertama kalinya bagi elektif 1 (PJ)
haa akibatnya xtidoq malam buat rph


fulamak sekarang kena letak Leftenan lah dekat depan nama kau!


emon, ami, fazli dan cikde


bile cikde dan emon menggila bersama Zhahiran
budak ni junior aku masa kat mad jiwa dolu2

gila~

pagi tu lepas diobserve, fazli ada mesej cikde
katanya ada seorang anak buah dia meninggal sebab kemalangan masa on the way balik dari dinner malam tu
saudara Zulhilmi (gambar)
dalam hati "ya Allah bersyukurnya sebab aku selamat sampai semalam"
mana taknya, confirm2 lah si Fazli ni letih kan bawak kereta
dah la bawak laju, malam sebelumnya tidoq lambat pulak
trauma cikde accident hari tu pon xhabeh lagi
sangat2 bersyukur
apa2 pun, takziah untuk keluarga arwah

thanx to saudara fazli n ami sbb sanggop amik cikde n emon
cewah padahal kalau xboleh amik pun kami nak soh amik gak agaga~
dapat jugak merasa pi messnite noh..

.SEKIAN.

Friday, July 15, 2011

praktikum fasa 2/2011.


hari ni hari jumaat, kedah cuti.
perlis tak.cikde cuti la hari nie.kawan2 cikde tak cuti.haha padan muka.
tapi cikde rasa macam xcuti langsung.
haha tak feel betoi laa cuti hari jumaat.
mana laa nak feel kan, bangun ja tidoq pi mandi
lepas mandi tup2 berderu2 dah housemates balik dr sekolah.
hoi apasal sat sangat pi skolah hah??!
atau cikde yang bangun lambat?ok fine.


dah nak masuk minggu ke-3 dah pun praktikum fasa 2 bagi tahun 2011 nie.
untuk kali ini, cikde dapat Sek. Keb. Siputeh, Padang Sera.
ramai praktikum kat sini.
3 orang opsyen sains : farid, mon dan shimah
3 orang opsyen psv : cikde, tk dan usop
ramai budak2 siam sekolah tu
sampaikan ada masalah komunikasi bila budak2 xfaham apa cikde cakap
maklum laa sekolah dekat benau dengan satu wat siam ni


Wat Boonyaram
Chief Abbot: Ven. Phraraj Sitthikhun (Than Khring)
Address: Padang Sera, Jitra, 06100 Kubang Pasu, Kedah
Telephone: 04-9251060
ok apa motif cikde letak gambar alamat no tepon bagai?agaga.

sek keb siputeh sekolah lama.
cewah padahal aku tak tahu pon skolah nie bila binanya.pepandai je kan.
takda la, dari segi struktur bangunan dan susunan bangunannya, nampaknya begitu.
cikgu2nya okay.baik2 belaka.
makan kat kantin pon sedap.pppppppppppperlu la cakap kan?
haha~

praktikum fasa 2 kali nie cikde kena mengajar subjek major dan minor.
Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Jasmani.
lukeh2 pastu lompat2

"dik, praktikal brapa lama?"
"2 bulan ja kak"
"oh, mengajaq apa?bm?math?"
"dak aih. seni dengan pendidikan jasmani"
"oh senang ja la..."

DEMN
paham maksud cikde?xpaham boleh tnya kat facebook ok?

p/s: masih rindukan Sek. Keb. Kodiang.